SDSI MALAYSIA 2013

SDSI MALAYSIA 2013
Produk Berkualiti Di Bawah Satu Bumbung

Thursday, November 28, 2013

OBJEKTIF BLOG

Salam hormat,

Saya perhatikan pamiran SATU KAMPUNG SATU INDUSTRI (SDSI), yang kini sedang berlangsung di MITC Air Keroh Melaka juga memerlukan pendekatan yang serupa dengan hari peladang, iaitu pamiran sepanjang hayat dan secara online. Saya juga perhatikan banyak industri desa yang berasaskan sektor pertanian, peternakan dan perikanan yang juga perlu dibantu pemasarannya.

Sehubungan dengan itu, saya menjemput mana-mana industri desa untuk membuat pamiran mereka di blog ini. Sila hantarkan maklumat industri (gambar, maklumat produk dan sebagainya) melalui e-mail kepada saya untuk saya muatkan pamiran anda disini.

Bagi tujuan pengurusan dan penambahbaikan di masa-masa yang akan datang, saya mengenakan sedikit yuran penyertaan , iaitu sebanyak RM50 untuk setahun. Jika dalam tempoh 10 hari selepas penyertaan, anda tidak berpuas hati dan ingin keluar daripada ruang pamiran, sila hubungi saya (e-mail/sms) dan saya akan kembalikan semula wang anda.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun